Institusi Perniagaan Penuhi Aspirasi Rakyat

KOPERASI Kampung dan Mukim Negara Brunei Darussalam atau akronimnya KOKAMI Berhad adalah koperasi yang dibentuk oleh penduduk-penduduk mukim dan kampung bagi meningkatkan status ekonomi mereka supaya dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih cemerlang.

Menurut Pengerusi Bersama penubuhan ini, Pengiran Haji Mohd. Salleh bin Pengiran Haji Kamaluddin menerangkan penubuhannya adalah inisiatif yang unggul dan pertama sekali pernah dibuat oleh penduduk-penduduk mukim dan kampung selaras dengan aspirasi dan hala tuju yang disarankan dalam Perhimpunan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang telah diadakan pada 7 hingga 9 Ogos 2007 di Pusat Persidangan Antarabangsa.

Menurutnya lagi, penubuhan KOKAMI ini bukanlah perbuatan ‘si uru-uru’ atau ikut-ikutan daripada model orang lain tetapi adalah selaras dengan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga seruan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof, serta resolusi bagi Perhimpunan Majlis Perundingan berkenaan, di mana satu kertas kerja telah dibentangkan oleh Pengiran Haji Mohd. Salleh untuk memenuhi cadangan tersebut.

Sekarang koperasi yang dihasratkan, kini menjadi kenyatan dan digerakkan di seluruh negara melalui Jerayawara keempat-empat daerah untuk menerangkan visi, misi dan rancangan perniagaan dan seterusnya mendapatkan keahlian. KOKAMI adalah simbol perpaduan rakyat jelata tanpa mengira perkauman. Koperasi tersebut ialah satu institusi perniagaan rakyat untuk rakyat oleh rakyat.

KEAHLIANIanya adalah terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam untuk menjadi ahli dengan membayar B$1.00 yuran pendaftaran seumur hidup dan B$1.00 bagi pembelian satu unit saham yang paling rendah. Saham-saham yang telah dibeli boleh ditambah sebanyak yang suka pada bila-bila masa sahaja. Selain daripada membayar wang tunai kepada pegawai-pegawai KOKAMI yang diberikuasa secara bertulis untuk menerima bayaran di Ibu Pejabat KOKAMI di alamat K-Mart, KOKAMI Lambak, Tingkat 1, B1-B2, Bangunan Pg. Hj Damit, Simpang 209, Berakas Link Road, Lambak Kanan, Berakas, adalah amat lebih digalakkan supaya pembayaran pembelian saham-saham tersebut dibayar terus ke dalam akaun bank Koperasi Kampung dan Mukim Negara Brunei Darussalam (KOKAMI) Berhad iaitu Nombor Akaun 00-001-01-5550005, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Bagi memudahkan lagi urusan pembelian saham-saham ini, KOKAMI akan seterusnya membuka akaunnya di beberapa buah bank yang lain di seluruh daerah di negara ini.

Borang yang tertera di Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI bolehlah diisikan selengkapnya dan dibuat salinan untuk diisikan oleh sesiapa sahaja yang berusia 18 tahun ke atas.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman web KOKAMI:-

www.bruneikokami. blogspot.com

KEGIATAN PERNIAGAANMenurut Pengarah Perhubungan KOKAMI Berhad, Awang Haji Suhaini bin Haji Mohammad Hassan ketika ditemui oleh wakil Pelita Brunei, beberapa kegiatan perniagaan telah dirancang dalam jangka pendek dan panjang seperti berikut :

a. Rancangan pelaksanaan serta-merta :-

Kokami 1. Urus niaga kad-kad ‘prepaid’ (kad easi, kad b-mobile dan lain-lain).
Kokami 2. Kompleks membeli-belah K-Mart.
Kokami 3. Skim penyimpanan dan pinjaman Islam (P & P).
Kokami 4. Skim gadaian Islam.
Kokami 5. Projek akuakultur.
b. Rancangan menunggu keputusan kerajaan:
Kokami 6. Kompleks perniagaan dan Stesen Minyak Jangsak, Daerah Belait, Tutong, dan Mukim Berakas ‘A’ dan Mukim Berakas ‘B.’
c. Rancangan penerokaan:-
Kokami 7. Urus niaga perkhidmatan pengangkutan minyak dan gas (Syarikat Brunei Shell Sendirian Berhad).
Kokami 8. Urus niaga permajuan hartanah.
Kokami 9. Koperasi Bank Islam.

Menurut Awang Haji Suhaini lagi, satu Jawatankuasa Penubuhan Koperasi Kampung dan Mukim Negara Brunei Darussalam (KOKAMI) berhad telah dibentuk pada 29 Ogos 2007 seperti berikut :-

Pengiran Haji Mohd. Salleh bin Pengiran Haji Kamaluddin.
Pengerusi Bersama
Tel: 8989393.

Cikgu Awang Haji A. Ahmad bin Husain
Penghulu Mukim Berakas ‘A’.
Pengerusi Bersama
Tel: 8752360 / 2332847

Awang Haji Ahmad bin Haji Bujang, Ketua Kampung.
Timbalan Pengerusi
Tel: 8816873.

Awang Jaffary bin Haji Mohd. Timbul.
Setiausaha Agung I (Keanggotaan).
Tel: 8136948.

Pengiran Haji Mohd. Isma Hisham bin Pengiran Haji Othman.
Setiausaha Agung II (Pentadbiran).
Tel: 8914050.

Awang Haji Damit bin Haji Chuchu.
Bendahari.
Tel: 8716387.

Awang Haji Suhaini bin Haji Md. Hassan.
Pengarah Perhubungan, KOKAMI Berhad, Brunei Darussalam.
Blog Publisher, Penggerak Informasi dan Desseminasi Bagi Laman Web Koperasi.
Tel: 8766469 / 2330783
Email Privat: Suhaini Hassan@Hotmail.Com

Dalam temu bual itu, Awang Haji Suhaini menambah jumlah keahlian sejauh ini adalah lebih kurang 1,988 orang penduduk mukim dan kampung telah mendaftar menjadi ahli. Adalah dijangkakan bahawa pada hujung bulan Oktober 2007, angka ini akan mencapai 2,241 orang ahli yang mana akan menjadikan KOKAMI sebagai koperasi yang terbesar di negara ini.

PENUBUHAN KOKAMIKetika diajukan apakah yang mendorong cita-cita untuk menubuhkan koperasi kampung dan mukim ini?

Beliau menegaskan setiap manusia itu penuh dengan cita-cita dalam hidup ini, ada yang bercita-cita boleh menjadi kenyataan, ada yang menghadapi rintangan dan cabaran. Setiap manusia di muka bumi ini mengidam-kan kehidupan yang mewah dan senang, tetapi segelintir manusia sahaja yang boleh mencapai idaman tersebut. Kebanyakan penduduk kampung dan mukim di negara ini tidak dapat mengecapi kehidupan yang senang dan atas kesedaran inilah menuju hasrat tersebut. Ahli-ahli melahirkan kesyukuran, kesihatan dan pelajaran masih lagi diberi percuma walaupun buku-buku teks dan makanan sendiri yang menanggung. Kalau badan sihat, rezeki mudah dicari asal saja tidak memilih pekerjaan, tetapi bila usia lanjut di peringkat 55 tahun, kebanyakannya pekerja-pekerja Brunei yang bersara.

Kesedaran juga timbul dengan meningkatnya rakyat yang mengganggur. Sehingga bulan mei tahun 2007, seramai 5,184 orang tempatan telah mendaftar di bahagian perkhidmatan pekerjaan, Jabatan Buruh. kalau anak cucu yang menganggur tidak dipelihara, hidup mereka akan melarat. Mereka mesti mencari makan untuk meneruskan kehidupan. kalau tidak ada tempat bergantung, mereka akan terjerumus ke lembah kehinaan. mereka tidak kisah perkara itu, asal saja dapat meneruskan kehidupan di dunia ini sebab itulah sekarang ini, mereka yang terlampau susah ini tidak lagi takutkan mati atau meninggal dunia. jalan itulah mereka pilih kerana jalan lain sudah ditutup.

Apa yang ahli-ahli lakukan untuk memajukan kokami?

KOKAMI Berhad adalah kepunyaan rakyat jelata sebagai ahlinya. mereka akan membeli segala keperluan asas mereka di kedai-kedai atau ‘supermarket’ KOKAMI. Hidup KOKAMI maka hiduplah ahli-ahlinya.

Sebagai koperasi demokratik, hampir semua pekerja-pekerja KOKAMI Berhad adalah terdiri daripada ahli-ahli itu sendiri, kecuali kerja-kerja profesional yang belum dapat dilaksanakan oleh mereka sendiri. Jika perlu, kemahiran-kemahiran profesional ini akan didatangkan dari luar negeri dan bekerja secara berkontrak. Insya- Allah, jawatan-jawatan profesional akan diambil alih oleh orang-orang tempatan nanti.

‘KOKAMI – ‘MILIK KITANI BERSAMA’
Oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
fatimah.noor@information.gov.bn


~ by kokami on November 30, 2008.

Leave a Reply