Mandat Dan Asas Penubuhan
MANDAT UTAMA DAN ASAS PENUBUHAN KOKAMI:
TITAH – 7 OGOS 2007
“Perhimpunan yang dianjurkan ini adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan yang ingin melihat pembangunan dan kesejahteraan masyarakat berkeadaan mantap.
Ini hanya mungkin dicapai apabila terdapat kerjasama dan komitmen di kalangan semua lapisan masyarakat, terutama pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi.
Majlis Perundingan Mukim dan Kampung boleh menjadi saluran berkesan bagi menyalurkan khidmat bakti yang dihajati oleh negara.
Mereka yang dimaksudkan boleh saja terdiri daripada para belia dan orang biasa, yang akan segera bergabung dengan pelbagai golongan, seperti mereka yang disampiri gelaran, pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain.”
MANDAT KEDUA DAN ASAS PENUBUHAN KOKAMI
RESOLUSI 21-23: PERHIMPUNAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG SELURUH NEGARA, 7HB – 9HB OGOS 2007
1. Perhimpunan meminta supaya sebuah Koperasi Kampung dan Mukim Seluruh Negara ditubuhkan secepat mungkin;
2. Perhimpunan meminta supaya Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di seluruh negara mengambau anak buah mukim dan kampung masing-masing untuk menyertai koperasi raksaksa ini (KOKAMI);
3. Perhimpunan meminta supaya tanah Kerajaan di wartakan bagi pembinaan Stesyen Minyak dan Pusat-Pusat Perusahaan dan Perniagaan KOKAMI yang lain-lain.

Leave a Reply