Tambahan Peraturan KOKAMI


NAMA 1. Koperasi Kampung dan Mukim Negara Brunei Darussalam (KOKAMI) Berhad
ALAMAT 2. Koperasi ini didaftarkan di alamat sementara Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Lapangan Terbang Lama, Berakas, Negara Brunei Darussalam.
KAWASAN

PERJALANAN

3. Kawasan perjalanan koperasi ini ialah didalam Negara Brunei Darussalam
TAFSIRAN 4. Di dalam Tambahan Peraturan ini melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maksudnya, maka:-
  4.1 “Akta” maknanya Akta Koperasi Penggal 84 dan sebarang pindaan yang diperbuat kepadanya dari masa kesemasa;
  4.2 “Pendaftar” maknanya Pendaftar Koperasi-Koperasi yang dilantik dibawah seksyen 3 (1) dari Akta;
  4.3 “Peraturan-Peraturan” maknanya Peraturan-Peraturan yang dibuat didalam Akta di bawah seksyen 50 (1);
  4.4 “Tambahan Peraturan” maknanya Tambahan Peraturan ini dan termasuk pindaan-pindaan yang diperbuat kepadanya dari masa kesemasa;
  4.5 “Menteri” maknanya Menteri yang bertanggungjawab mengenai pembangunan koperasi (Kementerian Perindusterian dan Sumber-Sumber Utama);
  4.6 “Lembaga Amanah” mempunyai makna yang diberi kepadanya dalam Tambahan Peraturan 22;
  4.7 “Lembaga Pengarah” maknanya Badan Pentadbir Koperasi ini yang dibentuk menurut Tambahan Peraturan 23;
  4.8 “Koperasi” atau “Koperasi ini” maknanya Koperasi Kampung dan Mukim Negara Brunei Darussalam (KOKAMI) Berhad;
  4.9 “Ahli” mempunyai makna yang diberi kepadanya dibawah Tambahan Peraturan 6;
  4.10 “Pegawai” maknanya seorang Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari dan seorang yang diberi kuasa di-bawah Tambahan Peraturan ini untuk memberi perintah dalam pentadbiran dan pengurusan Koperasi ini;
  4.11 “Aktiviti-Aktiviti” maknanya ialah Perusahaan atau Perniagaan Koperasi yang dimodali oleh Koperasi dari sumber-sumber permodalan Koperasi menurut Tambahan Peraturan 13.

TAMBAHAN PERATURAN

TUJUAN DANKEGIATAN 5   Kegiatan utama koperasi ini ia-lah untuk menjalan urusniaga akuakultur.  
5 (1) Tujuan koperasi ini ditubuhkan ialah untuk memajukan kepentingan sosio-ekonomi ahli-ahlinya menurut prinsip-prinsip koperasi:-  
      i) Keanggotaan Sukarela Dan Terbuka  
      ii) Kawalan Anggota Secara Demokrasi  
      iii) Penyertaan Ekonomi Anggota  
      iv) Autonomi Dan Kebenaran  
      v) Latihan Dan Maklumat  
      vi) Kerjasama Dikalangan Koperasi  
      vii) Prihatin Terhadap Masyarakat  
Dengan menggalakkan jimat cermat menyimpan wang, menolong diri sendiri, membantu antara satu sama lain dan memajukan bidang-bidang industri, sumber asli, perniagaan dan perusahaan dan lain-lain.
    (2) Bagi mencapai tujuan memajukan sosio-ekonomi ahli-ahlinya, koperasi bolehlah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan menjalankan sebarang kegiatan yang berikut:-
      i) Mengadakan kemudahan untuk membolehkan ahli-ahli menyimpan sebahagian daripada pendapatan dan memberi pinjaman kepada mereka itu bagi maksud yang berfaedah dan mendatangkan keuntungan;
      ii) Mengadakan modal dengan cara mengumpul saham dan mendapatkan pinjaman-pinjaman dan deposit-deposit daripada ahli;
      iii) Menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan, pembuatan, perusahaan dan perdagangan termasuk menubuhkan Stesyen-stesyhen Minyak diseluruh negara, perkhidmatan retail, perkhidmatan kewangan seperti “remittance”, “money changer”, perkhidmatan info-telekomunikasi, pembinaan (“construction”) dan perundingan, dll.;
      iv) Menjalankan perkhidmatan kenderaan dan pengangkutan;
      v) Memiliki tanah dan mendirikan bangunan atau rumah-rumah kediaman untuk ahli-ahli atau membeli rumah-rumah dan tapak-tapak rumah serta menjual, memajak, mencagar, memindahkan tanah dan rumah-rumah itu kepada ahli-ahli;
      vi) Membeli, menjual, memindah hak milik, mendirikan sewa-menyewa, cagar-mencagar, pajak-memajak dan memiliki harta-harta tak aleh seperti tanah, bangunan, ladang dan lain-lainnya dan harta-harta aleh;
      vii) Menyertai usaha-usahasama dengan pihak-pihak kerajaan, separuh kerajaan, swasta, NGO’s, dan koperasi-koperasi lain;
    (3) Mana-mana kegiatan yang berlainan dari kegiatan utama adalah tertakluk kepada kebenaran Pendaftaran Koperasi.
    (4) Bagi mengendalikan sebarang kegiatan dibawah ceraian 5 (2) Tambahan Peraturan ini Lembaga Pengarah hendaklah membuat peraturan kecil dengan persetujuan Pendaftar. Peraturan-Peraturan mengenainya hendaklah diperbuat sebagai sebahagian daripada Tambahan Peraturan ini.
KEAHLIAN 6 (1) Koperasi ini terbuka kepada:- Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap .
  (2) Mereka yang menandatangi permohonan pendaftaran Koperasi adalah menjadi ahli asal kepada koperasi ini. Selepas itu permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat kepada Lembaga Pengarah dalam borang khas. Adalah tidak diperlukan bagi permohonan itu untuk dicadangkan oleh seorang ahli dan disokong oleh ahli yang lain;
       
                       

 

    (3) Lembaga Pengarah hendaklah menimbang semua permohonan dan berkuasa menerima atau menolak permohonan itu dengan tidak memberi sebab-sebabnya. Jika permohonan itu ditolak, pemohon atau wakilnya adalah berhak merayu kepada Mesyuarat Agung. Keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad
PERMOHONAN DAN PENGAKUAN
7 (1) Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dalam Borang Rasmi Koperasi seperti Jadual 1 dan dialamatkan kepada Setiausaha Agung.
  (2) Setiap permohonan hendaklah membuat pengakuan bahawa ia bersedia mematuhi Tambahan Peraturan yang ada dan sebarang pindahan yang akan diperbuat dari masa kesemasa dan bahawa ianya bukan seorang bankrap atau seorang yang tidak disabitkan atasnya satu kesalahan jenayah. Mana-mana permohonan yang enggan membuat pengakuan ini tidak boleh diterima menjadi ahli;
PEMBERIAN TAMBAHAN PERATURAN 8   Tiap-tiap ahli hendaklah diberi dengan percuma satu naskah Tambahan Peraturan ini:
HAK KEWAJIPAN DAN TANGGUNGAN AHLI 9 (1) Seseorang adalah dianggap mempunyai hak-hak dan tanggungan-tanggungan sebagai ahli apabila ia telah membayar wang bersekutu sebanyak $1.00 serta memiliki jumlah saham penuh sekurang-kurangnya sebanyak 1 saham pada kadar $1.00 setiap satu (1) saham.
  (2) Semua ahli mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap Koperasi sebagai badan perekonomian, maka taat setia ahli kepada Koperasi adalah yang utama dan pertama dari segala-galanya dibidang ekonomi yang menyanjung sifat dan sikap tanggungjawab bersama;
BERHENTI DARI MENJADI AHLI 10 (1) Seorang ahli dianggap berhenti dari menjadi ahli apabila ia mati atau hilang akal dengan kekalnya;
  (2) Tertakluk kepada Tambahan Peraturan 14 seorang ahli boleh berhenti dari Koperasi dengan syarat ia telah menjadi ahli sekurang-kurangnya satu tahun dan tidak berhutang kepada Koperasi secara langsung atau tidak langsung.

AHLI DI-BERHENTIKAN

11 (1) Lembaga Pengarah boleh, setelah membuat penyiasatan, memberhentikan seorang ahli jika:-
    i. Sabit kesalahan dalam sebarang perkara jenayah;
    ii. Ia melanggar Tambahan Peraturan ini;
    iii. Ia melakukan sebarang perbuatan yang difikirkan oleh Lembaga Pengarah sebagai merosakan kepentingan atau nama baik Koperasi atau;
    iv. Ia tidak taat kepada Koperasi;
  (2) Semua perkara ahli-ahli yang diberhentikan hendaklah dirujuk kepada Mesyuarat Agung yang akan datang untuk disahkan dan jika keputusan Lembaga Pengarah itu tidak disahkan oleh tiga perempat dari ahli-ahli yang hadir, perintah pemberhentian yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah itu adalah batal.
     
       

PENAMA

12. Tiap-tiap ahli Koperasi hendaklah mengisi borang penama seperti Jadual II dengan tandatangannya sendiri dihadapan dua orang saksi, melantik seorang penama kepada siapa segala wangnya dan hartanya yang ada dalam Koperasi boleh dibayar atau dipindahkan apabila ahli itu mati. Seorang ahli boleh dari masa kesemasa membatalkan atau menukar penamanya dengan bertulis serta dengan tandatangan sendiri dihadapan dua orang saksi. Segala lantikan direkodkan dalam Daftar Ahli-Ahli dan Penama-Penama.

MODAL DAN SAHAM

13. Permodalan Koperasi ini akan mengeluarkan saham yang terkumpul bagi saham memodali tiap tiap penubuhan aktiviti perniagaan dan perusahaan yang ditubuhkan oleh Koperasi.
  (1)   Mengumpul wang dengan menjual saham kepada ahli-ahlinya pada kadar yang dinyatakan didalam Peraturan 9(1). Jumlah saham penuh ia-lah 1 saham sahaja ia-itu pada kadar $1.00 setiap satu (1) saham. Tiap-tiap ahli bolih membeli saham pada bila-bila masa (digalakkan membeli sekurang-kurangnya 1 saham setiap bulan) tetapi tidak boleh memiliki lebih dari satu perlima (1/5) dari jumlah saham yang telah dibayar kepada koperasi.
  (2)   Mendapatkan wang pertaruhan dan pinjaman dari mana-mana pihak.

SAHAM TIDAK

DIKEMBALIKAN

14. Saham-saham tidak boleh dibayar kembali kepada ahli. Seorang ahli boleh dibenarkan menjual sahamnya kepada seorang ahli yang lain atau orang yang diterima oleh Lembaga Pengarah menjadi ahli.

MEMINDAH SAHAM APABILA AHLI MATI

15. Apabila seorang ahli mati, Lembaga Pengarah boleh memindahkan sahamnya kepada Penamanya, jika ia mahu dan layak menjadi ahli, atau ahli kepada waris atau wakilnya disisi Undang-Undang yang disahkan oleh Lembaga Pengarah atau Koperasi boleh membeli saham itu dari Wang Kumpulan Pemindahan Saham yang ditubuhkan khas untuk maksud tersebut. Jika tidak boleh dipindahkan demikian, wang saham simati hendaklah dibayar kepada penamanya, atau jika tiada orang yang dilantik demikian hendaklah dibayar kepada waris atau wakilnya disisi Undang-Undang tersebut.

MEMINDAH SAHAM APABILA TIDAK DITUNTUT

16. Jika tiada diketahui dimana adanya seorang ahli dan tiada diterima sebarang tuntutan daripadanya dalam tempoh satu tahun dari tarikh aktiviti terakhir Koperasi ini, Lembaga Pengarah boleh memindahkan saham atau faedahnya kepada akaun saham tergantung setelah dipotong sebarang jumlah hutangnya kepada Koperasi, jika ada.

TANGGUNGAN AHLI

17. Tanggungan Ahli terhadap hutang-hutang Koperasi adalah terhad kepada harga saham menurut Tambahan Peraturan 13.1.
TAHUN KEWANGAN 18. Tahun Kewangan Koperasi bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Akaun Koperasi hendaklah dikira dengan harga beli atau pasaran semasa. Semua penyata Kewangan hendaklah disediakan oleh Ahli Lembaga Pengarah seberapa segera selepas tarikh penutupan Tahun Kewangan Koperasi.
MESYUARAT AGUNG 19. (1) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dengan seberapa segera dan tidak lewat dari empat bulan selepas berakhir tahun kewangan Koperasi. Notis Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah menyatakan tarikh, tempat, waktu dan agendanya dan hendaklah disampaikan kepada semua ahli tidak kurang dari tujuh hari;
  (2) Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah menjadi Pengerusi Mesyuarat Agung. Jika ia tidak hadir hendaklah dilantik seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah yang hadir untuk menjadi Pengerusi Mesyuarat;
       
    (3) Tertakluk kepada Tambahan Peraturan 46 koram bagi sebarang Mesyuarat Agung ialah satu perempat dari jumlah ahli-ahli atau lima puluh orang mana-mana yang kurang dari jumlah ahli yang hadir;
    (4) Kecuali seperti yang disyaratkan dalam Tambahan Peraturan 46 keputusan Mesyuarat Agung hendaklah mengikut undi yang terbanyak dari ahli-ahli yang hadir. Seorang ahli mempunyai satu undi sahaja kecuali Pengerusi yang mempunyai undi pemutus jika undian sama banyak. Mengundi dengan berwakil tidak dibenarkan.

MESYUARAT AGUNG KHAS

20.   Mesyuarat Agung Khas atau Tergempar hendaklah diadakan pada bila-bila masa dengan arahan Lembahga Pengarah atau perintah Pendaftar atau sebarang orang yang diberi kuasa oleh Pendaftar atau apabila Setiausaha Agung menerima permohonan bertulis yang ditandatangi tidak kurang dari lima puluh orang. Sekurang-kurangnya tujuh hari notis hendaklah diberi kepada semua ahli bagi mengadakan mesyuarat tersebut.

KUASA-KUASA DAN TUGAS- TUGAS MESYUARAT AGUNG

21.   Kuasa tertinggi dalam koperasi adalah terletak pada Mesyuarat Agung dimana setiap ahli berhak menghadirinya dan mengundi dalam segala perkara. Tugas-tugas Mesyuarat Agung ialah:-
    (1) Menerima Laporan Lembaga Pengarah;
    (2) Menerima Laporan Audit Pendaftar;
    (3) Mengesahkan Kunci Kira-Kira Tahunan;
    (4) Mengesahkan Pembahagian Keuntungan menurut Tambahan Peraturan 39 tertakluk kepada Akta
    (5) Menimbangkan dan meluluskan belanjawan Koperasi bagi tahun berikutnya;
    (6) Menetapkan tanggungan maksima bagi Koperasi mengenai pinjaman-pinjaman atau pertaruhan-pertaruhan;
    (7) Meminda Tambahan Peraturan menurut Tambahan 46 jika perlu;
    (8) Membubarkan dan melantik kesemua ahli-ahli Lembaga Pengarah menurut Tambahan Peraturan 23;
    (9) Melantik Juruaudit Dalam dan tertakluk kebenaran Pendaftar bagi lantikan Juruaudit Luar;

LEMBAGA AMANAH

22   Fungsi dan kedudukan Lembaga Amanah adalah berikut:-
    (1) Ahli Lembaga Amanah adalah dilantik daripada Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari;
    (2) Lembaga Amanah bertanggungjawab bagi mentadbir harta Koperasi dimana harta Koperasi jika diperlukan dibubuhkan atas nama atau jawatannya

LEMBAGA PENGARAH

23     Lembaga Pengarah hendaklah mengandungi tidak kurang dari tujuh orang dan tidak lebih dari lima belas orang yang dilantik oleh Mesyuarat Agung. Mereka adalah bertanggungjawab bersama-sama dan berasing-asing kepada Mesyuarat Agung. Dalam mentadbirkan Koperasi mereka hendaklah menjalankan usaha-usaha yang lazim dilakukan oleh ahli-ahli perniagaan dan pengusaha dengan cermat serta jujur dan adalah bertanggungjawab bagi sebarang kerugian yang berlaku oleh sebab perbuatan yang melanggar Akta, Peraturan-Peraturan dan Tambahan Peraturan ini. Mereka hendaklah memegang jawatan sehingga dilantik Lembaga Pengarah baru pada Mesyuarat Agung yang akan datang tertakluk kepada syarat yang tersebut selepas ini. Mesyuarat Agung adalah berkuasa pada sebarang masa menghendaki kesemua Ahli Lembaga Pengarah itu berhenti.
       
       
           
LANTIKAN 24   Bagi melaksanakan tanggungjawab itu, Lembaga Pengarah adalah berkuasa melantik Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari dikalangan ahlinya dan menukar jawatan mereka ini pada sebarang masa, jika perlu.

PERATURAN KECIL

25   Lembaga Pengarah adalah berkuasa membuat Peraturan-peraturan Kecil bagi menjalankan urusan-urusan Koperasi yang difikirkan perlu dari masa kesemasa yang tidak menyalahi atau bertentangan dengan Akta, Peraturan-Peraturan dan Tambahan Peraturan ini. Peraturan Kecil itu tidak sah melainkan dipersetujui oleh Pendaftar.

LANTIKAN JAWATANKUASA KECIL

26   Lembaga Pengarah berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Kecil yang mengandungi tidak kurang daripada tiga orang ahli bagi tiap-tiap aktiviti perniagaan dan perusahaan yang ditubuhkan oleh Koperasi. Pengurusan aktiviti berkenaan adalah tertakluk kepada kuasa dan arahan Lembaga Pengarah.

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH

27   Mesyuarat Lembaga Pengarah hendaklah diadakan bila-bila masa perlu dan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ianya hendaklah diadakan dengan perintah Pengerusi atau dengan permintaan bertulis dari bilangan ahli-ahlinya yang terbanyak atau dengan perintah Pendaftar atau sebarang orang yang diberi kuasa olehnya untuk maksud-maksud yang segera. Notis hendaklah diberi sekurang-kurangnya tiga hari oleh Setiausaha Agung kepada semua Ahli Lembaga Pengarah dan sekurang-kurangnya mengandungi agenda-agenda berikut;-
  (1)   Membetulkan/mengesahkan minit mesyuarat yang lalu;-
  (2)   Perkara-perkara berbangkit;
  (3)   Mengkaji serta membincang:-
      i. Keputusan Mesyuarat Agung dan menentukan tindakan-tindakan;
      ii. Laporan Audit Dalam/Luar
  (4)   Membincangkan;
      i. Laporan pengurusan;
      ii. Permohonan menjadi ahli;
      iii. Permohonan berhenti menjadi ahli;
      iv. Permohonan pinjaman dari ahli-ahli;
      v. Permohonan menangguh bayaran ansuran pinjaman;
      vi. Permohonan menambah/mengurang yuran.
  (5)   Membentang dan meluluskan kira-kira kewangan bulanan
  (6)   Mengaji projek-projek Koperasi yang lama dan yang sedang dilaksanakan
  (7)   Mengkaji, membincang dan memutuskan mengenai projek-projek.
  (8)   Mengkaji dan membincang;-
      i. Perkara Perjawatan;
      ii. Program Latihan Kakitangan;
      iii. Program Pendidikan Ahli-ahli;
      iv. Lain-lain hal.

KORUM

28   Korum bagi Mesyuarat Lembaga Pengarah ialah bilangan yang terbanyak dari jumlah ahli-ahlinya
         

DIBERHENTIKAN DARI AHLI LEMBAGA PENGARAH

29   Sebarang Ahli Lembaga Pengarah yang tidak menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah tiga kali berturut-turut dengan tidak memberi sebab yang munasabah boleh diberhentikan oleh Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah boleh melantik ahli yang lain untuk mengisi tempat yang kosong itu sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.
         

UNDI PENENTUAN

30.   Keputusan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah hendaklah mengikut undi yang terbanyak dari ahli-ahli yang hadir. Seorang ahli mempunyai satu undi sahaja, kecuali Pengerusi, siapa, jika undi sama banyak, akan mempunyai undi pemutus. Seorang Ahli Lembaga Pengarah tidak boleh hadir atau mengundi dalam sebarang perkara yang ia sendiri mempunyai kepentingan.
         

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB- TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH

31.   Tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab Lembaga Pengarah ialah:-

(1) Mentadbir perjalanan Koperasi dengan jujur, cekap dan amanah menurut Akta Kerjasama, Peraturan-Peraturan dan Tambahan Peraturan ini.
(2) Menerima atau menolak permohonan keahlian;
(3) Mencadangkan peruntukan bagi projek baru tertakluk kepada pengesahan Mesyuarat Agung;
(4) Melantik Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari, seberapa segera selepas Mesyuarat Agung, dan menukar jawatan mereka pada sebarang masa jika perlu;
(5) Melantik, menahan, menghukum atau memberhentikan perkerja-perkerja Koperasi yang bergaji tertakluk kepada Peraturan 30;
(6) Melaksanakan sebarang projek yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung;
(7) Menyelenggara/memeriksa supaya Akaun Koperasi lengkap dan betul, menyemak dan mengesahkan baki wang dalam bank dan ditangan pada tiap-tiap mesyuarat;
(8) Menyediakan dengan seberapa segera selepas akhir tahun kewangan koperasi penyata kewangan dan menyerahkannya kepada Mesyuarat Agung berserta dengan laporan Pendaftar mengenai dengan perjalanan koperasi bagi tahun yang lalu;
(9) Menyelesaikan sebarang aduan dari ahli-ahlinya;
(10) Bertindak atas nama dan bagi pihak koperasi bagi menyelesaikan segala pertikaian mengenai koperasi atau menerusi seseorang yang dilantik secara bertulis menjalankan atau memberhentikan sebarang tindakan Mahkamah atau timbangtara;
(11) Melantik sebarang Ahli Lembaga Pengarah untuk mewakil Koperasi serta mengundi bagi pihaknya dalam mesyuarat sebarang usahasama termasuk koperasi berdaftar yang ianya menjadi ahli;
(12) Menguatkuasa jaminan yang dikehendaki, jika ada, sebagaimana yang ditetapkan dalam Mesyuarat Agung dari sebarang orang yang mengendalikan wang atau hartabenda Koperasi;
(13) Mengatur pemeriksaan bagi beberapa peratus dari barang-barang dari semasa kesemasa dan permeriksaan sepenuhnya bagi semua barang-barang pada akhir tahun kewangan Koperasi ;
(14) Menyediakan Laporan Tahunan yang dikehendaki oleh Pendaftar;
(15) Mengatur pemeriksaan dan menentukan semua hartabenda yang diterima dan dipelihara dengan sempurna;
(16) Mengikat kontrak bagi pihak Koperasi. Kontrak-kontrak tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha Agung atau Bendahari bagi pihak Koperasi. Sebarang kontrak yang ditandatangani dan/atau dilaksanakan demikian adalah sah dan mengikat Koperasi serta ahli-ahlinya;
(17) Jika perlu, melantik seorang pegawai/pengurus yang bergaji tetap bagi menjalankan sebahagian daripada tugas-tugas.
(18) Menimbangkan penyata dan surat-surat arahan Pendaftar atau wakilnya dan mengambil tindakan-tindakan yang wajar keatasnya;
 

           

PENGERUSI

32.   Kuasa-kuasa dan tugas-tugas Pengerusi adalah seperti berikut:-  

    (1)   Mengawal perjalanan Koperasi amnya;  

    (2)   Mengarahkan dan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah dan Mesyuarat Agung;  

    (3)   Menandatangani minit-minit mesyuarat dan mengesahkan surat-surat perjanjian atau kontrak dan cek-cek bagi pihak koperasi seperti yang dikehendaki oleh Tambahan Peraturan ini;  

           

SETIAUSAHA AGUNG

33.   Kuasa-kuasa dan tugas-tugas Setiausaha Agung adalah seperti berikut:-  

    (1)   Menyimpan dan melengkapkan dengan betul segala surat-surat, buku-buku dan daftar-daftar yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah;  

    (2)   Mengeluarkan notis dan agenda Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Mesyuarat Agung serta menandatanganinya;  

    (3)   Menyediakan minit-minit Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Mesyuarat Agung serta menghadirinya;  

    (4)   Menyediakan Laporan Tahunan untuk pertimbangan Lembaga Pengarah;  

    (5)   Mengendalikan surat-surat dan lain-lain perkara yang dikehendaki oleh Akta Koperasi, Peraturan-Peraturan dan Tambahan Peraturan ini;  

    (6)   Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Lembaga Pengarah;  

       

BENDAHARI/ PENYIMPAN AMANAH

34   Kuasa-kuasa dan tugas-tugas Bendahari adalah seperti berikut:-  

    (1)   Menerima dan membayar bagi pihak Koperasi segala wang yang dibenarkan oleh Lembaga Pengarah.  

    (2)   Menyimpan Akaun dan Wang Koperasi dengan betul, teliti, lengkap dan sempurna setiap masa;  

    (3)   Menyimpan semua wang tunai yang lebih dari jumlah yang dibenarkan oleh Lembaga Pengarah ke dalam Bank atau dengan lain-lain cara yang dibenarkan oleh Pendaftar. Segala wang hendaklah disimpan atas nama Koperasi;  

    (4)   Segala cek Koperasi hendaklah ditandatangani oleh dua orang daripada berikut:-  

        Pengerusi atau Bendahari dan Setiausaha Agung atau seorang Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah;  

    (5)   Menyediakan Penyata Kewangan untuk disahkan oleh Lembaga Pengarah dan Mesyuarat Agung;  

    (6)   Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan Mesyuarat Agung;  

    (7)   Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Lembaga Pengarah.  

       

PENGURUS/ PEGAWAI

35.   Kuasa-kuasa dan tugas-tugas Pengurus/Pegawai adalah seperti berikut:-  

    (1)   Mengendalikan segala urusniaga Koperasi mengikut yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah;  

    (2)   Bertanggungjawab diatas kecekapan, tataertib dan dayausaha semua pegawai dan pekerja koperasi dalam menunaikan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka;  

    (3)   Menerima dan menjaga semua wang diterima oleh koperasi dan membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Lembaga Pengarah;  

    (4)   Menyimpan kedalam Bank atas nama koperasi semua wang diterima dalam masa 24 jam daripada penerimanya;  

    (5)   Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat lain mengikut arahan-arahan Lembaga Pengarah;  

    (6)   Menyimpan akaun wang runcit, wang sebanyak yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah untuk menemui perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu;  

    (7)   Menyelenggarakan menyimpan Akaun-Akaun Koperasi dan menyediakan segala-segalanya dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan;  

    (8)   Menyediakan Akaun Tahunan dan Laporan Koperasi untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah;  

    (9)   Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Koperasi secara dibutirkan satu pesatu untuk ditimbang oleh Pendaftar sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung;  

    (10)   Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan koperasi yang benar dengan secara dibutirkan satu persatu bagi suatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar untuk dibandingkan dengan anggaran dan perbelanjaan bagi tempoh yang berkenaan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung.  

JURUAUDIT DALAM

36   Dua orang Juruaudit Dalaman hendaklah dilantik dari ahli koperasi pada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka hendaklah memeriksa segala buku-buku danAkaun Koperasi pada tiap-tiap bulan dan menandatanganinya, jika didapati tidak betul hendaklah merujuk kepada Lembaga Pengarah untuk diperbetulkan dan melaporkan kepada Mesyuarat Agung jika perkara-perkara tersebut tidak diambil tindakan.  

    TAMBAHAN PERATURAN  

METERI

37   Meteri Koperasi hendaklah disimpan oleh Setiausaha Agung dan tidak boleh dibubuh pada sebarang surat kecuali dengan keputusan Lembaga Pengarah dan dihadapan Pengerusi dan Setiausaha Agung atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengarah untuk maksud itu, dan Pengerusi serta Setiausaha Agung atau seorang ahli tersebut diatas hendaklah menandatangani tiap-tiap yang dibubuh meteri Koperasi.  

ZAKAT PERNIAGAAN

38   Zakat perniagaan akan dikeluarkan pada kadar 2.5% mengikut hukum syarak.  

           

           
                   

 

PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN

39   Daripada untung bersih 25% dimasukkan kedalam Kumpulan Wang Simpanan kecuali pendaftar mengarahkan sebaliknya dengan keputusan Mesyuarat Agung dan bakinya bolehlah dibahagikan seperti berikut:-

    (1)   Dividen sebanyak tidak lebih dari 6% setahun atas saham yang jelas dibayar;

    (2)   Bonus atas belian sebanyak tidak lebih dari 10% atas perkhidmatan mengikut banyaknya sumbangan bagi tahun yang berkenaan;

        Dari baki yang tinggal itu boleh dibahagikan sebagai:-

    (a)   Saguhati kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah sebanyak tidak lebih dari 25%:

    (b)   Bonus bagi pekerja-pekerja sebanyak tidak lebih dari 15%:

    (c)   Kumpulan wang pelajaran/latihan sebanyak tidak lebih dari 10%:

    (d)   Kumpulan wang kebajikan am tidak lebih dari 10% untuk menolong ahli-ahli dalam suka/duka dan bagi kegunaan bersama:

    (e)   Bakinya lagi, jika ada boleh disimpan dalam Kumpulan Wang Khas yang dibenarkan oleh Pendaftar seperti pemidahan saham, mempersama dividen, bangunan atau dibawa ke tahun hadapan.

WANG TIDAK DIAMBIL

40   Wang dividen atau bonus yang tidak diambil oleh ahli yang berhak dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ianya diisytiharkan boleh dimasukkan kedalam akaun wang saham atau wang pertaruhan ahli menurut pertimbangan Lembaga Pengarah. Bonus yang bukan ahli jika ada hendaklah dimasukkan kedalam kumpulan wang kebajikan am.

KUMPULAN WANG SIMPANAN

41   Kumpulan wang simpanan boleh digunakan untuk maksud-maksud yang berikut kecuali pendaftar mengarahkan sebaliknya:-

    (1)   Sebagai modal perniagaan Koperasi:

    (2)   Menutup sebarang kerugian yang mungkin berlaku dari keadaan yang tidak disangka-sangka:

    (3)   Sebagai jaminan bagi sebarang pinjaman yang perlu,

    (4)   Kumpulan wang simpanan tidak boleh dibahagi-bahagikan dan ianya adalah dipunyai oleh koperasi sebagai hak ramai dan tidak seorang pun yang boleh menuntut sebahagian daripadanya.

KUMPULAN WANG SIMPANAN APABILA DIBUBARKAN

42   Jika koperasi dibubarkan, setelah dijelaskan segala tanggungan-tanggungan koperasi, Kumpulan wang simpanan tidak boleh dibahagi-bahagikan diantara ahli-ahli tetapi hendaklah digunakan untuk diantara ahli-ahli tetapi hendaklah digunakan untuk maksud am yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung dan dibenarkan dengan bertulis oleh Pendaftar. Jika mendapat keputusan yang demikian dalam Mesyuarat Agung Koperasi itu, kumpulan wang simpanan itu akan disimpan dalam jagaan Pendaftar menurut Akta.

         

BUKU-BUKU RESIT-RESIT

43   Lembaga Pengarah hendaklah menyimpan buku-buku dan daftar-daftar yang berikut dengan betul dan sempurnanya:

    (1)   Buku minit mesyuarat;

    (2)   Daftar ahli-ahli dan penama-penama;

    (3)   Daftar wang saham;

    (4)   Buku wang pertaruhan;

    (5)   Buku wang tunai (cash book);

    (6)   Resit-resit;

    (7)   Baucar;

    (8)   Buku Ledger ‘AM’ (General Ledger);

    (9)   Buku kawalan Stok Barang-barang;

    (10)   Buku Perubahan Harga Barang-Barang;

    (11)   Buku Barang yang dimusnahkan ;

    (12)   Lain-lain buku yang diarahkan oleh Pendaftar;

PERKARA PERKARA AM

44   Segala buku-buku Koperasi dan salinan Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat dibawahnya Tambahan Peraturan ini, Laporan Audit dan Penyata Kewangan hendaklah sentiasa terbuka untuk pemeriksaan ahli-ahli di alamat koperasi yang didaftarkan pada bila-bila masa yang berpatutan, dengan syarat bahawa tidak seorang pun akan dibenarkan melihat akaun seorang ahli yang lain jika tiada dengan persetujuan bertulis daripada ahli berkenaan.

TAMBAHAN KEPADA AKTA DAN PERATURAN- PERATURAN

45   Tambahan Peraturan ini adalah sebagai Tambahan kepada Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat dibawahnya dan hendaklah dibaca bersama-sama.

PINDAAN TAMBAHAN PERATURAN

46   Pindaan-pindaan kepada Tambahan Peraturan ini hanya boleh dibuat menurut Syarat-syarat yang terkandung dalam akta dan Peraturan-peraturan

         

       

 

         

TANDATANGAN PEMOHON-PEMOHON:

BIL

NAMA

TANDATANGAN

     
1    
2    
3    
4    
5    
6    
7    
8    
9    
10    
11    
12    
13    
14    
15    
 

BORANG A

Peraturan-Peraturan Koperasi

(Peraturan 6)

 

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN KOPERASI

DIBAWAH

AKTA KOPERASI PENGGAL 84

 

Menurut Bab 6 dari Akta Koperasi Penggal 84 kami yang bertandatangan dibawah

ini, memohonkan supaya koperasi kami didaftarkan sebagai koperasi Dengan Tanggungan Berhad dengan nama:

KOPERASI KAMPUNG DAN MUKIM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (KOKAMI) DENGAN TANGGUNGAN BERHAD

Dan alamatnya yang didaftarkan adalah PEJABAT DAERAH BRUNEI DAN MUARA, LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS

Kami sertakan bersama ini Tambahan Peraturan yang telah diterima dalam Mesyuarat Agung kami yang pertama dimana koperasi ini telah ditubuhkan, ditandatanagni dengan sempurnanya untuk pendaftaran. Satu salinan minit Mesyuarat Agung Penubuhan jua dilampirkan bersama.

 

SENARAI PEMOHON-PEMOHON

 

Bil

Nama Penuh

Umur

Pekerjaan

 

Tempat Tinggal

Tandatangan

1

       

 

2

       

 

3

       

 

4

       

 

5

       

 

6

       

 

7

       

 

8

       

 

9

       

 

10

       

 

11

       

 

12

       

 

13

       

 

14

       

 

15

       

 

             

 


Leave a Reply