Perkembangan Perniagaan KOKAMI
Perkembangan Perniagaan KOKAMI pada 27 Mac 2008
Pendahuluan
WAWANCARA TV
Koperasi rakyat jelata iaitu KOKAMI semakin giat mengendalikan berbagai bentuk perniagaan. Pihak RTB berkesempatan mengunjungi Ibu Pejabat KOKAMI di Simpang 209, Berakas Link Road, Lambak Kanan, dan sekarang kami berpeluang berjumpa dengan Pg Hj Mohd Salleh bin Pg Hj Kamaluddin, Pengerusi KOKAMI.
SOALAN PERTAMA:
Dapatkah Tuan Peramba menghuraikan secara rengkas tentang perkembangan perniagaan dan aktiviti kemasyarakatan KOKAMI sejauh ini?
Tujuan utama KOKAMI:-
· Menyumbang kepada pembangunan socio-ekonomi negara melalui “National Wealth Creation”; dan
· Mengganyang kemiskinan dengan meningkatkan taraf kehidupan setiap orang ahli KOKAMI melalui (“Individual Wealth Creation” berperingkat).
· K-Mart, KOKAMI Lambak sebuah Super Convinience Store;
· K-Easi sebuah agensi penjualan kad-kad prepaid seperti Easi dan B-Mobile dan “start-up packs”;
· K-ComTech sebuah perkhidmatan retail penjualan komputer dan mobile-telephone
· K-JimatJimat sebuah perkhidmatan kewangan untuk simpanan & pinjaman wang;
· K-Insuran sebuah agensi penjualan insurans TAIB;
· K-Cyber;
· K-Hartanah;
· Di samping itu, KOKAMI juga telah bekerjasama dengan pihak Kumpulan Rakyat dan Penduduk Prihatin (KRP2) dengan menubuhkan tabung pelaburan KOKAMI Rakyat dan Penduduk Prihatin (KRP2) ia-itu satu tabung yang akan terus digunakan bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam sama ada didalam mau pun di luar negeri.
Untuk makluman ahli-ahli KOKAMI yang telah pun melanggan di K-Mart dalam waktu 4 bulan ini, maka Lembaga Pengarah KOKAMI telah memutuskan untuk membayar BONUS PEMBELIAN K-MART (”rebate”) bagi tempoh jualan 4 bulan yang baru lalu. Insya Allah, pembayaran bonus atau ”rebate” ini akan dikeluarkan pada minggu hadapan.
K-ComTech yang akan memberikan perkhidmatan penjualan berjenis-jenis komputer pada harga yang juga PALING MUDAH DAN PALING MURAH!!!
K-JimatJimat yang mana kami tawarkan kepada semua ahli-ahli KOKAMI dengan semudah-mudahnya ia-itu SATU SISTEM PEMINJAMAN YANG TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG KOLATERAL ATAU SEORANG PENJAMIN PUN. Dan Insya Allah, urusan kelulusan permohonan juga akan dibuat secara paling cepat dimana jika pinjaman itu berjumlah kecil dan pemohon terbukti layak untuk mendapat pinjaman, maka kelulusan akan diberikan ”on-the-spot” yaani pada waktu permohonan di terima. Insya Allah.
K-Insuran ia-itu satu urusniaga wakil penjualan insuran Tabung Amanah Islam Brunei atau TAIB dimana ahli-ahli KOKAMI akan dapat membeli keperluan insuran seperti insuran kerita, insuran pekerja asing, insuran kebakaran dan lain-lain SECARA PALING MUDAH DAN MURAH dibanding dengan pihak-pihak lain yang menawarkan produk-produk insuran yang sama.
K-Cyber juga akan dibuka pada pertengahan bulan April ini yang mana ini akan membolehkan ahli-ahli KOKAMI dan orang ramai termasuk penuntu-penuntut yang tidak mempunyai kemudahan ber”internet” di rumah akan dapat menggunakan kemudahan ini dengan harga yang paling murah dimana-mana dinegara kita ini.
K-Hartanah sudah pun mempunyai 2 keping tanah di kawasan Daerah Brunei dan Muara ia-itu disebuah kawasan perumahan berdekatan dengan rumah Ketua Kampung Batong, Mukim Pengkalan Batu, Daerah Brunei Muara.
KOKAMI tidak kandur-kandur berusaha untuk mempelbagaikan perniagaan semata-mata untuk mengaktifkan semua saham rakyat jelata supaya lebih berhasil dan lebih bermakna. Sebab itulah kita bergerak lebih maju kehadapan dengan memprosis penubuhan STESYEN-STESYEN MINYAK DI-DAERAH BRUNEI/MUARA, TUTONG DAN DAERAH BELAIT pada tahun ini dan dalam masa yang terdekat.
Insya Allah, Stesyen Minyak KOKAMI yang pertama ia-itu K-Shell KOKAMI Sengkarai akan dibina tidak lama lagi. Pada masa ini pemerosesan bagi kebenaran pihak-pihak yang berkuasa sedang begitu giat dilaksanakan oleh pengurusan KOKAMI dan kerja-kerja awal keatas tapak berkenaan yang mana terletak di Lebuh Raya Brunei/Muara-Tutong-Belait berdekatan dengan Mahad Islam , Sengkarai, Tutong.
Tawaran jualan saham-saham bagi K-Shell ini telah pun bermula DAN IA AKAN HANYA DI BUKA BAGI SATU TEMPOH YANG TERHAD IA-ITU HANYA BAGI TEMPOH 3 BULAN SAHAJA ya’ani akan ditutup tawaran jualan sahamnya pada 1HB JULAI 2008 ini.
Oleh yang demikian, semua rakyat dan penduduk negara ini yang memegang kad pengenalan warna Kuning dan Merah adalah sangat-sangat di alu-alukan untuk membeli paling sedikit 1 SAHAM= $1.00 dan paling banyak 20,000 saham atau $20,000 setiap orang.
Pada perangkaan pengurusan KOKAMI dan jadual kerja-kerja berkenaan, insya Allah, jika tiada aral melintang dari mana-mana pihak, stesyen minyak rakyat yang pertama dan julung-julung kali ini ia-itu Stesyen Minyak K-Shell Sengkarai akan dapat memulakan operasinya pada 15hb Julai 2009 ia-itu bersempenakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-63, insya Allah.
Insya Allah, pada pertengahan tahun 2008 ini juga, KOKAMI akan memulakan satu lagi aktiviti perniagaan yang paling terbesar ia-itu urusniaga pembiakan dan seterusnya pengeksportan KERAPU MERAH ke negara-negara China, Taiwan dan termasuk Hong Kong dimana dijangkakan dalam waktu 5 tahun sahaja perniagaan ini akan menjadikan Brunei Darussalam sebagai international hub bagi urusniaga ikan kerapu. Insya Allah.
Pada ketika ini, kegiatan perniagaan KOKAMI akan membuka satu peluang kepada orang-orang kampung dan mukim untuk menjual produk-produk mereka di Pasar Kutu atau ”Flea Market” (Garage Sale) dalam kawasan K-Mart di Kompleks Pg Hj Damit, Simpang 209, Berakas Link Road (dekat TYRE-Mart dan Pro-Mart) di penghujung minggu bermula jam 5.00 petang pada setiap hari Sabtu sehingga hari Ahad.
Adalah harapan kami supaya banyak orang-orang kampung dan mukim terutama sekali dari daerah Brunei dan Muara untuk menyertai kegiatan perniagaan tersebut.
SOALAN KEDUA:
Berapa ramaikah rakyat dan penduduk tetap yang telah mendaftar sebagai ahli dan apakah sumbangan yang mereka harus lakukan untuk menyokong KOKAMI?
JAWAPAN KEDUA:
Terima kasih. Sejauh ini bilangan ahli telah hampir mencapai 8,443 orang. Bilangan ahli ini akan terus bertambah dari masa kesemasa dan merupakan bilangan yang terbesar bagi sesebuah koperasi di negara ini.
KOKAMI berharap supaya semua ahli akan dapat menyukung KOKAMI dengan cara membeli barang-barang yang sedang dijual oleh KOKAMI. Disamping itu juga KOKAMI menyeru semua ahli-ahli KOKAMI khasnya dan rakyat jelata dan penduduk tetap amnya untuk tampil kehadapan bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin KOKAMI bagi menggerakkan dan menguatkan dengan lebih berkesan semua aspek perniagaan KOKAMI agar KOKAMI akan menjadi koperasi rakyat yang besar yang boleh meraih keuntungan bagi faedah rakyat jelata.
SOALAN KETIGA:
Barangkali terdapat sebarang nasihat dan pesanan yang hendak disampaikan kepada orang ramai dan khasnya rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam. Silakan.
JAWAPAN KETIGA
Terima kasih. Segulungan besar rakyat jelata dan penduduk tetap di negara ini telah mengerti bahawa KOKAMI adalah Koperasi rakyat jelata, ditubuhkan oleh rakyat jelata bagi kepentingan rakyat jelata. Maka adalah sewajarnya katani bertanggungjawab sebagai rakyat dan penduduk tetap negara ini untuk mempromosikan dan memeliharanya seperti juga kita memelihara nyawa katani sendiri supaya KOKAMI akan tetap hidup dengan segarnya sepanjang zaman dan berupaya menghasilkan keuntungan dan perubahan yang berfaedah dan besar kepada rakyat dan penduduk serta menyukung hasrat dan cita-cita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan rakyat baginda hidup aman damai dan sejahtera dengan berpaksikan falsafah Melayu Islam Beraja.
Selama 4 bulan selepas tertubuhnya KOKAMI, kepimpinan KOKAMI telah bekerja keras menjelajah keempat empat daerah ia-itu berjerayawara dalam usahanya MENJUNJUNG TITAH untuk berganding bahu bersama pemimpin-pemimpin akar-umbi.
Walaupun KOKAMI jelas berjaya menarik hampir 9,000 rakyat dan penduduk negara ini untuk menjadi ahli KOKAMI, tetapi sayangnya sejauh ini hanya 5 orang Penghulu Mukim dan 54 orang Ketua Kampung atau 25% sahaja dari seluruh negara yang mau membawai anak buah mukim dan kampung masing-masing untuk menjadi ahli KOKAMI. Pada hal, dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara 2007 pada 7-9hb Ogos baru 4 bulan yang lalu itu, semua Penghulu-penghulu dan Ketue-ketua Kampung telah diminta untuk mengambau anak buah mukim dan kampung masing-masing untuk menyertai KOKAMI.
Oleh itu, pada kesempatan ini, saya selaku wakil kepimpinan KOKAMI dan ahli-ahlinya yang pada setiap hari terus menghampiri angka keanggotaan 9,000 itu ingin sekali lagi menyeru agar semua penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung serta tuai-tuai rumah akan ikut berganding bahu bersama pemimpin-pemimpin KOKAMI yang sedia ada bagi MENJUNJUNG TITAH ia-itu selaras dengan Titah serta resolusi-resolusi dan keputusan-keputusan yang telah diambil pada 7-9 Ogos 2007 semasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke Perhimpunan Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara 2007 yang baru lalu.
Terima Kasih.

Leave a Reply