- PRAKATA -

Silakan cikgu mengisikan ruang ini dengan misi dan visi Mukim dan Kampung. Kita boleh melaksnakan beberapa kegiatan untuk memenuhi misi dan visi tersebut. Pada lazimnya, cita-cita orang mukim dan kampong ialah untuk membentuk alam sekitar yang bersih supaya hidup kita sentiasa sihat wal-afiat, bukan sahaja sihat dari segi fizikal malah di segi spiritual dan mental.


Realitinya Dalam Kehidupan

Orang-orang kampong biasanya menghadapi kesulitan hidup. Kebanyakan mereka itu hidup dalam kesusahan. Berbagai macam kegiatan ekonomi dilakukan untuk menampung kehidupan yang susah. Ada yang melakasanakan beberapa macam kerja semata-mata untuk menambah rezeki yang halal. Ada yang tidak berihat dari pagi hingga ke petang bekerja terus mencari nafkah untuk memelihara diri sendiri dan ahli-ahli keluarga. Kalau tenaga mencari duit, memang susah. Tapi kalau duit mencari duit, Al-hamdullilah. Kumpulan yang mempunyai duit atau ‘loaded’ memang sedikit di negara ini. Duit boleh dilaburkan untuk mendapat mudarabah atau interest yang lumayan di bank-bank yang terkemuka atau membeli saham di dalam dan di luar negeri. Bagi orang yang tidak bernasib baik susah hendak membeli saham atau menubuhkan koperasi. Ada yang terpaksa menjadi penjaja atau berjual dan berniaga sedikit-sedikit di tamu-tamu di seluruh negara ini.

Maka timbullah satu durongan iaitu penghasilan satu produk bagi setiap kampung untuk dijadikan bahan perniagaan. Malah ada yang mampu menghasilkan lebih daripada satu produk. Misalnya, anak buah kampung Delima Satu boleh mencipta bunga perhiasan daripada bahan semulajadi atau mengukir telur untuk dijadikan perhiasan. Walau bagaimanapun, memandangkan nasib yang sudah ditakdirkan ini sebagitu rupa, timbullah satu semangat dari kalangan rakyat Brunei Darussalam untuk menyatukan tenaga dan segala sumbar pendapatan yang terdaya untuk sama-sama menubuhkan koperasi nasionel bagi faedah dan kepentingan semua lapisan rakyat jelata. Bak kata pepatah: Bersatu kita teguh dan bercerai kita ruboh. Kalau kita tidak mampu menjalankan satu perniagaan sendiri. Ada baiknya kita laksanakan perniagaan itu secara berkongsi dengan cara menubuhkan satu KOPERASI NASIONAL untuk kepentingan bersama. Dengan niat yang suci ini, maka tertubuhlah sudah dan telah didaftarkan satu koperasi yang bergelar KOKAMI.


Leave a Reply