–Selamat Datang–

Selamat Datang ke Laman Web Koperasi Kampung dan Mukim (KOKAMI).

Laman web bertindak sebagai mekanisma perhubungan di antara pelenggan atau ahli dengan Jawatankuasa Penaja Koperasi Negara Brunei Darussalam.

Sebagaimana yang abiskita maklum bersama bahawa mekanisma perhubungan ini adalah yang paling mudah digunakan atau dilayari oleh sesiapa sahaja bila-bila masa dan dimana saja mereka berada asalkan terdapat komputer dan IT konektiviti. Abis kita akan sentiasa boleh mengikuti perkembangan koperasi ini walaupun berada di negara yang sejauh-jauhnya, misalan di Amerika Syarikat atau Jepun atau di Kutub Utara sekali pun.

Cyber Cafe atau restoran yang tertentu menyediakan wifi atau konektiviti bagi membolehkan pelenggan-pelenggannya melayari internet dengan percuma atau dengan pembayaran minima sebanyak 0.80 sen sejam seperti yang terdapat di Kompleks Membeli Belah, Batu Bersurat di Gadong, Bandar Seri Begawan.

TUJUAN KOKAMI

Untuk menyumbang secara macro kepada kemajuan dan pembangunan negara dan ummah (nation-building) serta keamanan dan kemakmurannya dengan mengujutkan kekayaan (creation of wealth) dan pembahagian kekayaan tersebut dengan lebih sebanding (more equitable distribution of wealth).

Untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan (standard of living) setiap orang ahlinya secara micro dan berperingkat-peringkat.


Leave a Reply