Cita-Cita Penubuhan

APAKAH YANG MENDURONG CITA-CITA KATANI UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI KAMPUNG DAN MUKIM ANI?

Setiap manusia itu penuh dengan cita-cita dalam hidup ini. Ada cita-cita yang boleh menjadi kenyataan. Ada yang menghadapi rintangan dan cabaran. Semua manusia di muka bumi ini mengidam-idamkan kehidupan yang mewah dan senang. Tetapi segelintir manusia sahaja yang boleh mencapai idaman tersebut.

Kebanyakan manusia atau orang kampung dan mukim di negara ini tidak dapat mengecap kehidupan yang senang. Mereka dalam ketegori ini terpaksa bekerja keras membanting tulang untuk mendapatkan sesuap pagi dan sesuap petang. Orang yang bernasib baik memang senang hidup mereka. Yah! senang sementara.

Kita bekerja mempunyai gaji besar, kerita bagus, makanan harian terjamin, rumah ada dan keperluan asas boleh diadakan. Al-Hamdullilah, kesihatan dan pelajaran masih lagi diberi percuma walaupun buku-buku teks dan makanan sendiri menangung. Kalau badan sihat, rezeki mudah dicari asal saja tidak memilih pekerjaan. Tetapi, kalau sudah usia lanjut di peringkat 55 tahun, kebanyakannya pekerja-pekerja Brunei terpaksa bersara. Kalaupun bekerja balik, mereka itu adalah orang-orang yang terpilih sahaja.

Janganlah merintih kerana nasib tidak menyebelahi abis kita walaupun mempunyai pelajaran yang tinggi. Hidup akan bertambah susah kalau inda berpensen bulanan. Wang TAP boleh digunakan dalam jangka masa yang pendek dan akan habis sebelum maut tiba. Anak-anak masih lagi ditanggung. Malah mereka yang berumah tangga pun masih lagi dipelihara; diberi makan, minum dan pakaian. Wang apa yang dipakai untuk menjamin kehidupan mereka.

Orang menganggur banyak berkeliaran di sana sini. Sehingga bulan Mei tahun 2007M, seramai 5,184 orang tempatan telah mendaftar di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan. Kalau anak cucu yang menggangur tidak dipelihara, hidup mereka akan melarat. Mereka mesti mencari makan untuk meneruskan kehidupan. Kalau tidak ada tempat bergantung, mereka akan terjerumus ke lembah kehinaan. Mereka tidak kisah perkara itu, asal saja dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Sebab itulah sekarang ini, mereka yang terlampau susah ini tidak lagi takutkan mati atau meninggal dunia. Jalan itulah mereka pilih kerana jalan lain sudah ditutup.

Allah Subahanahuwata’ala akan mengubah nasib orang itu kalau ia mahu berusaha. Seseorang mestilah tampil kehadapan mesyarakat untuk membela nasib-nasib yang susah ini supaya mereka akan terkeluar daripada belenggu kemiskinan. Dalam hidup ini katani mestilah membuat sumbangan bermakna kepada nosa dan bangsa. Semua manusia telah memberi sumbangan yang bermakna dan berfaedah. Walau seorang pembersih bandar pun dianggap sebagai penyumbang nasional kerana tanpa pembersih bandar dan alam sekitar akan menjadi kotor dan menjijikan. Apatah lagi bercakap mengenai dengan perkhidmatan pendidik, doktor, jururawat, petani, nalayan, jurutera atau kerja-kerja profesionel yang lain. Semua mereka ini penyumbang kepada kesejehteraan dan pembangunan nosa dan bangsa.

Kerana inilah kita membentuk satu pasukan atau tim bagi menyahut seruan yang disuarakan dalam Seminar Perkumpulan Kampung dan Mukim yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 07 hingga 09 Ogos, 2007 untuk menubuhkan satu koperasi kampung dan mukim. Oleh sebab kesusahan kewangan, orang-orang kampung dan mukim tidak mampu menjalankan bisnes sendiri, kecuali barangkali menaja di tamu-tamu seluruh negara menjual pisang keling, ubi, nanes, tampoi, mambangan, kembayau, lamiding, pakis dan apa sahaja hasil tempatan yang boleh menjadi bahan perniagaan secara kecil-kecilan.

Tetapi untuk menubuhkan satu koperasi perniagaan yang terunggul dan terus berjaya, orang-orang kampung dan mukim terpaksalah berurung-urung dan bersama-sama berganding bahu untuk menyatupadukan segala tenaga, masa dan kewangan supaya dapat menwujudkan satu koperasi nasional yang akan sedikit sebanyak menjamin kehidupan mereka, anak-anak dan cucu-cucu mereka dari zaman ke zaman. Mereka memerlukan kepimpinan yang benar-benar memperjuangkan nasib mereka. Siapakah yang akan memimpin mereka ini? Tidak lain tidak bukan ialah pemimpin-pemimpin yang menerajui koperasi yang telah didaftarkan itu yang bergelar KOKAMI Berhad, Negara Brunei Darussalam.

Mudah-mudahan dengan izin Allah Subahanahuwata’ala dan berkat sukongan seluruh rakyat negara ini dan direstui oleh pihak kerajaan, koperasi ini akan bergerak maju kehadapan untuk menyampurnakan misi dan visinya demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Amin Yarrabulalamin !!!

APA YANG AHLI-AHLI LAKUKAN UNTUK MEMAJUKAN KOPERASI KOKAMI?

KOKAMI Berhad adalah kepunyaan rakyat jelata sebagai ahlinya. Mereka akan membeli segala keperluan asas mereka di kedai-kedai atau supermarket KOKAMI. Hidup KOKAMI maka hiduplah ahli-ahlinya.

Sebagai Korpeasi Demokratik, semua pekerja-pekerja KOKAMI Berhad adalah terdiri daripada ahli-ahli itu sendiri, kecuali kerja-kerja profesionel yang belum dapat dilaksanakan oleh mereka sendiri. Tugas-tugas profesionel akan dilaksanakan oleh profesionel luar negeri yang bekerja secara berkontrak. InsyAllah, jawatan profesionel ini akan diambilalih oleh orang-orang tempatan nanti.

Sokongan yang padu adalah perlu untuk menghudipkan KOKAMI Berhad.


One Response to “Cita-Cita Penubuhan”

  1. Pada Hari Keputeraan Baginda Sultan yang ke-62 tahun baru-aru ini, KDYMM bertitah agar negara tidak hanya bergantung kepada ehsan alam luar negara, apakah yang KOKAMI patut buat dalam menyahut cabaran Baginda itu? Dapatkah KOKAMI membantu Kerajaan untuk KOKAMI mewujudkan K-TANI (khusus bidang pertanian seperti sawah padi, ladang buah-buahan serta ladang sayur-sayuran). Saya rasa pehak Kerajaan akan mengalu-alukan KOKAMI untuk mencuba menceburi bidang pertanian ini bagi masa depan negara tercinta ini. Adanya K-TANI ini akan memberi peluang anak tempatan berjasa kepada bumi negara zikir ini dan sekaligus mengurangkan purata penganguran serta mengurangkan tanggungan Kerajaan dalam peruntukan subsidi. Apakah KOKAMI sudah bersedia untuk melangkah setapak lagi kearah itu?

Leave a Reply