Pendaftaran dan Borang
DAFTAR SEKARANG! B$1.00 UNTUK 1 SAHAM!
Inilah peluang paling mudah untuk AWDA untuk memiliki saham koperasi yang telus dan menikmati pulangan dividen yang memuaskan disamping menerima gajaran yang berupa nilai bonus dan perkhidmatan tambahan seperti pinjaman micro, bantuan pembelian barangan, kad kredit ahli, kad ahli, dan banyak lagi yang telah disediakan oleh KOKAMI. Mendaftarlah sekarang! Jadilah ahli kepada sebuah KOPERASI yang terunggul dan terbesar dinegara Brunei Darussalam. KOKAMI diterajui dan dikendalikan oleh ahli-ahli yang berpengalaman dan mendapat khidmat nasihat dari golongan professional serta mendapat sokongan luas dari semua pihak,khas-nya dari Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, Negara Brunei Darussalam. Bermula dengan kadar paling minima, B$1 untuk satu saham, pastikan kebajikan dan ekonomi masa depan AWDA terjamin.
Nota: Pendaftaran untuk menjadi ahli akan dikenakan bayaran sebanyak B$1 (sekali sahaja). Pendaftaran adalah percuma bagi warga OKU dan kanak-kanak istimewa.
BORANG BAHAGIAN HADAPAN
BORANG BAHAGIAN BELAKANG


January 25, 2008 at 12:56 am |
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Bagaimana mau mendapatkan borang keahlian? Adakah terbuka bagi penyertaan orang ramai?
Adalah dicadangkan pihak KOKAMI ada menyediakan set FAQS (Frequently Asked Questions) sebagai rujukan kepada mana-mana persoalan yang berkenaan.
Terima Kasih.
February 16, 2008 at 2:58 am |
Walaikumsalam…
Bagi para hadirin dan hadirat yang berhasrat untuk memperolehi borang-borang keahlian KOKAMI, dipersilakan untuk berkunjung ke pejabat KOKAMI di alamat yang dinyatakan dalam laman web ini di bawah tajuk JAWATANKUASA.
Sokongan abiskita adalah sangat-sangat dihargai. Selamat melayari laman web KOKAMI.
July 16, 2008 at 4:29 pm |
Adakah semua lapisan masyarakat dapat menjadi ahli KOKAMI dan apakah warna I/C yang hanya layak menjadi ahli? Minta penjelasan.
January 25, 2009 at 12:13 am |
Sepertimana dalam Tambahan Peraturan KOKAMI (Peraturan 6(1) & 6(2), keahlian KOKAMI adalah terbuka kepada semua rakyat (kad pengenalan kuning) dan penduduk tetap kad pengenalan ungu atau merah)negara ini.
KEAHLIAN 6 (1) Koperasi ini terbuka kepada:- Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap .
(2) Mereka yang menandatangi permohonan pendaftaran Koperasi adalah menjadi ahli asal kepada koperasi ini. Selepas itu permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat kepada Lembaga Pengarah dalam borang khas. Adalah tidak diperlukan bagi permohonan itu untuk dicadangkan oleh seorang ahli dan disokong oleh ahli yang lain;
January 25, 2009 at 12:15 am |
Sepertimana dalam Tambahan Peraturan KOKAMI (Peraturan 6(1) & 6(2), keahlian KOKAMI adalah terbuka kepada semua rakyat (kad pengenalan kuning) dan penduduk tetap kad pengenalan ungu atau merah)negara ini.
Pendaftaran boleh di buat secara on-line (sila layari wesite KOKAMI http://www.bruneikokami.co.cc
KEAHLIAN 6 (1) Koperasi ini terbuka kepada:- Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap .
(2) Mereka yang menandatangi permohonan pendaftaran Koperasi adalah menjadi ahli asal kepada koperasi ini. Selepas itu permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat kepada Lembaga Pengarah dalam borang khas. Adalah tidak diperlukan bagi permohonan itu untuk dicadangkan oleh seorang ahli dan disokong oleh ahli yang lain;
June 20, 2009 at 7:26 am |
Assalammulaikum,actually i want to find out about housing loan and KOKAMI is listed as one of the options. I dont know yet how…. but pls let me know.So far i am interested 50/50 to join,so pls convince me.I would like to register along with my 2 children age 3 yrs old and 6mths…Pls inform me in detail regarding the registration also.